Tuesday, 25 August 2015

Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut.. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.




Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.
Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.
Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.
Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.

KHASIAT
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli. Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau didalam pasu bunga.. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal dirumah bertingkat seperti flat atau apartment.


Ulamnya yang digelarkan “ulam raja” telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.
Orang Melayu daripada dahulu telahpun mengetahui khasiat dan telah menafaatkan pelbagai jenis tumbuhan yang tumbuh merata sebagai makanan harian atau sebagai ubatan. Pada masa kini, pengetahuan yang memakan masa bergenerasi untuk dikumpulkan kini terancam untuk pupus begitu sahaja. Oleh itu, marilah bersama-sama menghargai setiap tumbuhan yang terdapat disekitar serta berganding bahu untuk memelihara, memulihkannya dan merakamkan kegunaannya. Semoga apa yang kita ada akan terus berkekalan untuk tinggalan generasi yang akan datang agar mereka juga merasai nikmat yang masih kita rasai pada masa kini.

8 comments:

  1. Ulam raja dgan budu mmg umphh sgt sedapnye..Sya ingin berkongsi serba sedikit tentang pokok kaduk..Pokok Kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum roxb berasal dari keluarga Piperaceae merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASIA. Pokok Kaduk adalah tumbuhan herba tumbuh melintang di daratan (terrestrial), tidak berbulu (glabrous) memiliki cabang-cabang panjang yang menjalar (procumbent) berukuran ketinggian 0.3-0.8 m. Keseluruhan bahagian Pokok kaduk muda mempunyai debu-debu halus apabila muda, berjantina berasingan (dioecious). Daun nya biasa, berselang-seli, lembut dan bentuk jantung (cordate). Ukuran daun kira-kira 5 hingga 10 cm lebar dan 7-15 cm panjang. Daunnya berwarna hijau dan bentuknya menyerupai seakan-akan daun Sirih tetapi berbeza dengan pokok sirih, Daun bahagian rendah kebiasanya berbentuk bujur telur (ovate), bahagian atas daun agak melonjung bujur atau ovate-oblong, di bahagian pangkal berbentuk membujur hampir lunjung (ovate–cordate). Warna daun hijau gelap dengan batang halus (petiol) berukuran 2.5-5 cm panjang Pokok kaduk mudah dibezakan melalui cabang ranting buah yang merentasi tanah tanpa akar (procumbent) yang besar, gempal, berbuah manis bila matang. Buah berry-nya berbentuk bujur (obovoid), 1.5 cm x 1 cm dan rasanya manis. Rasa manis dari buah ini sama seperti dengan buah masak berduri Elaeocarpus (Elaeocarpus serrate) . Rasa daun kaduk lebih lembut di banding daun sirih walaupun bau nya masih sedikit tajam.Pokok kaduk lazimnya dijadikan sebagai tanaman hiasan di halaman rumah oleh kebanyakan daripada masyarakat kita, dan mungkin tidak ramai di antara kita yang sedar bahawa pokok kaduk, berfungsi bukan sekadar hiasan semata-mata, ia lebih dari itu. Cara pembiakannya melalui anak benih atau keratan batang. Air rebusan dari akar pokok ini dapat melawaskan kencing dan mujarab untuk merawat demam malaria dan bagi melegakan batuk, selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.

    ReplyDelete
  2. stiap hari menu wajib sye ulam raja dgan smbal blacan..mmg trbaik la hihi

    ReplyDelete
  3. org rumah sy hari2 buat. Alhamdulillah di smping dpat kurangkan risiko penyakit dpt juga kekalkan awet muda hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu family awet muda belake hari2 makan ulam raja

      Delete
  4. blkg rumh sye smuanye ulaman belake trmsuk ulam rje....ulam rje plg snang nk biak (up)

    ReplyDelete
  5. banyaknya khasiatnye. lepas ni selalu amalkanlah. sebelum ni jarang makan ulam. zaman sekarang banyak penyakit sebab makanan, so saya kena try la amalkan lepas ni.

    ReplyDelete