Monday 21 September 2015

PERKEMBANGAN KOGNITIF AWAL SAINS PRASEKOLAH



PERKEMBANGAN KOGNITIF AWAL SAINS PRASEKOLAH
AWAL SAINS
Apa itu awal sains prasekolah?
Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Murid prasekolah merupakan saintis muda semula jadi yang sentiasa mencari maklumat, menyiasat dan meneroka di persekitaran untuk memenuhi perasaan ingin tahu mereka. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif, sifat ingin tahu, sistematiik dan teliti akan terbentuk.  Penerokaaan dijalankan ke atas alam hidupan (contoh: tumbuhan dan haiwan), alam bahan(objek tenggelam timbul , air dan magnet), dan alam fizikal. Komponen awal sains di peringkat prasekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap positif dalam diri mereka.

PENGENALAN
Murid perlu melibatkan diri dalam proses pembelajaran sains secara inkuiri untuk memperolehi dan seterusnya menguasai kemahiran seperti memerhati, membanding, meramal, berkomunikasi, mengelas dan mengukur. Kemahiran-kemahiran ini diperlukan untuk mendapatkan maklumat seperti:
  •  bagi memenuhi rasa ingin tahu,
  • menanamkan semnagat cintakan alam,
  • meningkatkan daya kreatif dan imaginasi
  •  meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah
  • meningkatkan kualiti hdup
  • mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik
  • membina pemahaman konsep asas sains
  • meningkatkan pemikiran logic dan kritis serta
  • memupuk minat terhadap sains dan teknologi



PERANAN GURU DALAM AKTIVITI AWAL SAINS
Guru harus merancang dengan teliti pengajaran dan pembelajaran sains yang akan dijalankan mengikut keperluan, minat dan persekitaran murid untuk menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan semua murid secara aktif, mencabar, menyeronokkan dan memberi makna kepada mereka. Melalui cara tersebut, sikap positif murid terhadap pembelajaran sains akan ditanam dengan lebih kukuh. Pembelajaran sains di peringkat ini diajar berdasarkan tema tertentu supaya dapat menarik minat murid berkaitan dengan keadaan semasa seperti musim buah-buahan, perayaan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment