ULAMAN
Monday, 21 September 2015
PERKEMBANGAN KOGNITIF AWAL SAINS PRASEKOLAH
PERKEMBANGAN KOGNITIF AWAL SAINS PRASEKOLAH
AWAL SAINS
Apa itu awal sains prasekolah?
Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Murid prasekolah merupakan saintis muda semula jadi yang sentiasa mencari maklumat, menyiasat dan meneroka di persekitaran untuk memenuhi perasaan ingin tahu mereka. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif, sifat ingin tahu, sistematiik dan teliti akan terbentuk. Penerokaaan dijalankan ke atas alam hidupan (contoh: tumbuhan dan haiwan), alam bahan(objek tenggelam timbul , air dan magnet), dan alam fizikal. Komponen awal sains di peringkat prasekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap positif dalam diri mereka.
PENGENALAN
Murid perlu melibatkan diri dalam proses pembelajaran sains secara inkuiri untuk memperolehi dan seterusnya menguasai kemahiran seperti memerhati, membanding, meramal, berkomunikasi, mengelas dan mengukur. Kemahiran-kemahiran ini diperlukan untuk mendapatkan maklumat seperti:
- bagi memenuhi rasa ingin tahu,
- menanamkan semnagat cintakan alam,
- meningkatkan daya kreatif dan imaginasi
- meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah
- meningkatkan kualiti hdup
- mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik
- membina pemahaman konsep asas sains
- meningkatkan pemikiran logic dan kritis serta
- memupuk minat terhadap sains dan teknologi
PERANAN GURU DALAM AKTIVITI AWAL SAINS
Guru harus merancang dengan teliti pengajaran dan pembelajaran sains yang akan dijalankan mengikut keperluan, minat dan persekitaran murid untuk menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan semua murid secara aktif, mencabar, menyeronokkan dan memberi makna kepada mereka. Melalui cara tersebut, sikap positif murid terhadap pembelajaran sains akan ditanam dengan lebih kukuh. Pembelajaran sains di peringkat ini diajar berdasarkan tema tertentu supaya dapat menarik minat murid berkaitan dengan keadaan semasa seperti musim buah-buahan, perayaan dan sebagainya.
PEDAGOGI DALAM PENDIDIKAN
Persediaan Mengajar
Persediaan yang rapi sebelum memulakan kerja bagi sebarang tugas amat dititikberatkan bagi memastikan setiap produktiviti atau hasil yang diperolehi adalah berkualiti dan dapat menepati objektif dan sasaran yang telah ditetapkan. Ia juga dapat melicinkan perjalanan proses yang terlibat. Terdapat pelbagai kemungkinan yang akan berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, makmal dan lain-lain. Ianya boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, sebagai langkah bagi memastikan perjalanan proses pengajaran yang lancar, guru harus bersedia dan mempersiapkan diri sebelum memulakan tugas mengajar. Persediaan mengajar mempunyai tiga komponen penting iaitu komponen persediaan, penyampaian, dan penutup (Mok, S. S., 2002).
Komponen Persediaan Mengajar
Persediaan mengajar merujuk kepada satu perancangan yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. Ia terdiri daripada butiran am, tajuk pelajaran, objektif, kemahiran serta bahan bantu mengajar. Pengetahuan sedia ada pelajar perlu juga dipertimbangkan sebelum memulakan sesi pengajaran. Selain itu, penerapan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni kepada para pelajar bagi seperti kerjasama, kerajinan, keberanian dan amanah penting kerana masing-masing dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan memberikan pengalaman baru kepada pelajar serta dapat membentuk akhlak terpuji yang dapat diamalkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.
Set induksi merupakan pra permulaan proses pengajaran. Ia juga harus dirancang sebelum memulakan sesi pengajaran. Teknik mengajar yang disediakan adalah mengikut kaedah pengajaran yang dipilih, contohnya jika guru ingin memilih kaedah bercerita bagi subjek Sejarah. Kaedah ini dapat menarik minat pelajar untuk mendengar dan memahami situasi sebenar peristiwa yang berlaku sekiranya teknik (gaya) penceritaan guru tersebut bersesuaian dan kena pada tempatnya. Langkah pengajaran seterusnya adalah langkah perkembangan dan diakhiri dengan sesi penutup atau kesimpulan. Namun tindakan susulan perlu dilakukan oleh guru dan guru harus bersedia dan merancang tindakan yang akan dilakukan sebelum menamatkan sesi pengajaran seperti pemberian kerja rumah, penerangan tentang serba sedikit tentang topik yang akan diajar pada sesi seterusnya serta meminta pelajar membaca petikan teks yang diberikan dan lain-lain.
Komponen Penyampaian Pengajaran
Guru perlu merancang elemen penyampaian pengajaran agar ianya bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar dengan mengambil kira penggunaan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran, masa, pemeringkatan isi serta pemilihan sumber dan ralat. Perkara lain yang harus dipertimbangkan juga dalam usaha untuk menyampaikan pengajaran adalah kesesuaian aktiviti dengan topik pengajaran, kualiti guru itu sendiri di mana gabungan ilmu pengetahuan, kepakaran dan pengalaman guru harus diambilkira serta mempunyai sistem penghantaran maklumat untuk penyampaian yang efektif seperti penggunaan teknologi. Dalam komponen ini, guru harus mengaitkan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar.
Komponen Penutup
Langkah terakhir dalam komponen persediaan mengajar adalah penutup. Ia merangkumi pemilihan jenis penutup yang bersesuaian, aktiviti susulan, penilaian objektif pelajaran, aktiviti membuat rumusan, serta perubahan mengikut kesesuaian dari segi pendekatan, kaedah, strategi, bahan dan alat bantu mengajar dan lain-lain dalam sesi pengajaran yang seterusnya.
Aktiviti susulan merupakan pemberian kerja rumah, latihan dan lain-lain sebelum sesi pembelajaran ditamatkan. Manakala, dalam persediaan penilaian, pelbagai cara seperti kaedah pemerhatian, soal jawab, perbincangan, kerja bertulis dan kerja rumah dapat digunakan. Oleh itu, guru harus merancang kaedah yang akan digunakan bagi menilai tahap kebolehan dan keupayaan pelajar dalam penguasaan subjek serta keberkesanan kaedah dan aktiviti yang dilaksanakan oleh guru.
Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif digunakan untuk mengukur hasil pembelajaran selepas satu unit pembelajaran atau pada akhir sesuatu bab dalam buku teks. Manakala, penilaian sumatif merupakan peniliaian yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus. Penilaian sesuatu topik pengajaran juga boleh dibuat di langkah penutup iaitu bahagian terakhir dalam sesuatu proses pengajaran pembelajaran. Penentuan jenis penilaian yang sesuai dengan tujuan dan langkah pengajaran adalah berdasarkan Taksonomi Bloom, Krathowl dan Simpson. Tujuan penilaian adalah untuk mengesan penguasaan, kemajuan dan tahap pencapaian pelajar-pelajar.
Aktiviti membuat rumusan pula boleh dibuat oleh pelajar dan seterusnya guru memberi pandangan bagi menyimpulkan keseluruhan proses pengajaran yang telah dilaksanakannya pada hari tersebut dengan meyampaikan penerangan secara ringkas..
Kepentingan Persediaan Mengajar
Terdapat beberapa kepentingan persediaan mengajar dalam perancangan pengajaran. Di antaranya ialah, ia membolehkan guru menentukan objektif pengajaran yang sesuai dengan sukatan pelajaran dan kebolehan pelajar. Selain itu, guru juga dapat menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan objektif pengajaran serta dapat membantu guru memilih bahan dan sumber serta aktiviti yang sesuai. Guru juga dapat memastikan semua isi pelajaran dapat disampaikan kepada murid dengan baik. Di samping itu, persediaan mengajar dapat memastikan guru agar tidak menyeleweng dalam pengajaran Pendapat ini disokong oleh Atan, L. (1993) yang menyatakan dengan adanya persediaan mengajar, guru akan memikirkan dengan terang matlamat atau objektif, pemilihan isi penting, pemilihan dan susun cara mengajar, perancangan aktiviti dan persediaan penilaian.
Selain itu, persediaan mengajar penting dalam memberi keyakinan kepada guru-guru, terutamanya guru-guru baru serta memastikan pengajaran lebih sistematik dan berkesan dari segi pengawalan kelas, penggabung jalinan dan penyerapan secara terancang. Pandangan di atas disokong oleh Mok, S. S. (2002), di mana beliau telah memberikan beberapa kepentingan persiapan persediaan mengajar termasuklah membolehkan guru mengajar dengan lebih berkeyakinan.
Apabila tugas seseorang guru diambil alih oleh guru lain atas sebab pertukaran, cuti rehat, cuti bersalin dan lain-lain , ianya akan memudahkan guru baru merancang pengajarannya berdasarkan catatan atau rekod yang telah dibuat oleh guru sebelumnya. Sekiranya persediaan mengajar disediakan sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, hasil atau impak pengajaran tersebut dapat diperolehi di akhir sesi pengajaran di mana guru dapat menilai keberkesanan pengajarannya sama ada ia perlu diteruskan atau perlu dilakukan penambahbaikan dari segi pendekatan, kaedah, teknik dan sumber serta bahan yang telah digunakan.
Kesimpulan
Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan, kita sebagai manusia harus bersedia dari aspek fizikal dan mental. Bahkan sebelum mendapat pekerjaan lagi, kita perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan pengalaman sebelum menghadiri temu duga yang akan dijalankan oleh pihak tertentu. Persediaan penting bagi menghadapi sebarang keadaan di mana kita tidak tahu sebarang kemungkinan dan situasi yang bakal terjadi. Bagi seorang guru, persediaan mengajar amat penting di mana ia dapat menentukan tahap profesionalisme guru tersebut bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan mengelakkan keadaan yang tidak diingini daripada berlaku terutamanya terhadap pelajar.
Friday, 18 September 2015
Nama Ulam : Daun Pegaga
Nama saintifik : Centella
asiatica
Khasiat : Pegaga ialah untuk masalah tekanan darah
rendah dan awet muda. Selain itu, ia juga dapat menjadi penawar alahan, merawat
asthma dan sesak nafas, anti kanser, penawar batu karang, kencing berdarah,
ulser dan merawat cirit birit.
Penggunaan : Pegaga
biasanya dijadikan ulam dalam hidangan masyarakat Melayu. Ia juga dijadikan
ekstrak minuman herba atau jamu. Bagi masyarakat India, ekstrak daun pegaga
dijadikan minuman musim panas yang dicampur ais iaitu 'thandaayyee'. Pegaga
juga digunakan dalam perubatan Cina dan kaedah Ayurvedic di India.
Tuesday, 25 August 2015
Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos
yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan
berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai
bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia
juga dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh
hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai
untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut.. Ia membiak
melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini
berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar
disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus
lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.
Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.
Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.
Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.
Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.
KHASIAT
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli. Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau didalam pasu bunga.. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal dirumah bertingkat seperti flat atau apartment.
Ulamnya yang digelarkan “ulam raja” telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.
Orang Melayu daripada dahulu telahpun mengetahui khasiat dan telah menafaatkan pelbagai jenis tumbuhan yang tumbuh merata sebagai makanan harian atau sebagai ubatan. Pada masa kini, pengetahuan yang memakan masa bergenerasi untuk dikumpulkan kini terancam untuk pupus begitu sahaja. Oleh itu, marilah bersama-sama menghargai setiap tumbuhan yang terdapat disekitar serta berganding bahu untuk memelihara, memulihkannya dan merakamkan kegunaannya. Semoga apa yang kita ada akan terus berkekalan untuk tinggalan generasi yang akan datang agar mereka juga merasai nikmat yang masih kita rasai pada masa kini.

Subscribe to:
Posts (Atom)